Perlantikan hakim Mahkamah_Agung_United_Kingdom

Lords of Appeal in Ordinary (Law Lords) yang memegang jawatan pada masa Mahkamah Agung mula berkerja pada Oktober 2009 akan menjadi hakim-hakim pertama Mahkamah yang berjumlah 12 ahli ini, dengan Law Lord yang paling senior kini, Lord Phillips dari Worth Matravers sebagai presiden mahkamah yang pertama.[6]

Akta Pindaan Perlembagaan 2005 membuat peruntukan bagi perlantikan Hakim-hakim Mahkamah Agung. Satu jawatankuasa pemilihan akan didirikan apabila terdapatnya jawatan kosong. Ini termasuk Presiden dan Naib Presiden Mahkamah Agung dan ahli daripada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman England dan Wales, dan Badan Perlantikan Kehakiman bagi Scotland dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman Ireland Utara. Pada bulan Oktober 2007, Kementerian Keadilan mengumumkan yang perlantikan-perlantikan ini adalah secara sukarela sepertimana dahulukala.[7]

Hakim-hakim baru yang dilantik ke Mahkamah Agung selepas pembentukannya tidak akan mendapat kerusi di House of Lords.

Ketua eksekutif pertama adalah Jenny Rowe[8].

Rujukan

WikiPedia: Mahkamah_Agung_United_Kingdom http://www.oup.com/uk/catalogue/?ci=9780199264629 http://web.archive.org/20070702222257/www.justice.... http://web.archive.org/20070704181531/www.scotcour... http://web.archive.org/20071224063723/www.justice.... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.legalscholars.ac.uk/text/publications/p... http://news.bbc.co.uk/1/hi/magazine/6143744.stm http://www.justice.gov.uk/whatwedo/supreme-court-c... http://www.number-10.gov.uk/output/Page15158.asp http://www.opsi.gov.uk/acts/acts2005/20050004.htm